OPERASI PEMERIKSAAN PATI/ETNIK ROHINGYA DI TERENGGANU

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu bersama dengan Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) dan etnik Rohingya di 6 lokasi berasingan sekitar  Daerah Marang pada 21 Mac 2023 melibatkan kekuatan seramai 8 pegawai MKN Terengganu dan 11 anggota JIM bermula jam 10 pm sehingga 3 am.

Pemeriksaan dijalankan berdasarkan kepada aduan awam dan maklumat risikan yang diterima. Objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya PATI dan juga menjurus kepada mengenal pasti dan mengesan mana-mana individu yang cuba melindungi PATI dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada mereka.

Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan, rumah-rumah sewa serta kongsi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Dalam serbuan yang dilakukan, pihak JIM telah memeriksa pengenalan diri dan permit kerja seramai hampir seratus orang warga asing termasuk pelarian etnik Rohingya. Hasilnya, lima warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan Projek ECRL hanya menggunakan 70% tenaga kerja dari kalangan warga tempatan manakala baki 30% lagi adalah warga asing yang terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Sebahagian daripada tenaga kerja asing tersebut telah didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Pemeriksaan dilakukan meliputi sekitar kawasan tumpuan terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen1959/63 bagi membanteras kebanjiran PATI sejajar dengan tujuan penguatkuasaan demi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

 

@mknterengganurasmi

Pemeriksaan PATI/Rohingya PART. 2 #MKNTERENGGANU #JIMTerengganu #BanterasPATI #kedaulatannegara #kitajagakita🤞❤️

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …