MKN NEGERI PULAU PINANG ANJURKAN PROGRAM WARGA EMAS WARGA BESTARI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan 8: Keselamatan Rakyat

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

 

PROGRAM WARGA EMAS WARGA BESTARI telah berjaya dilaksanakan pada 21 Mac 2023 (Selasa) hasil kerjasama strategik pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Permatang Pauh. Program yang membawa objektif untuk memperkasakan golongan warga emas (60 tahun dan ke atas) dengan informasi-informasi terkini berkenaan jenayah scam serta kesihatan diri ini adalah selaras adalah dengan Nilai Teras Keselamatan Negara 8 (Keselamatan Rakyat) yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Program yang bermula sewal 8.30 pagi diisi dengan pelbagai atur cara menarik antaranya Senaman Atas Kerusi Warga Emas oleh pihak PAWE, Permatang Pauh dan slot ceramah bertajuk Ancaman Jenayah Siber Terhadap Golongan Warga Emas oleh YDH ACP Karunagaran A/L Munusamy, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

MKN Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan PAWE atas kerjasama yang diberikan.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …