SKUAD BENCANA MELAKA PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR JOHOR

MERLIMAU 17 Mac – Seramai 30 ahli Skuad Bencana Kelab Sahabat Ar-Rahman menunjukkan keprihatinan dengan membantu kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir di Segamat, Johor.

Pengerusi Kelab Muhammad Helmi Kamis berkata dia bersama ahli-ahli kelab sentiasa peka dengan keadaan bencana yang menimpa masyarakat di sekitar Melaka dan negeri-negeri lain.

“Sebelum ini kita membantu mangsa banjir di Zon Pantai Timur iaitu di Terengganu, kali ini program dilaksanakan di Zon Selatan pula, saya harap program tanggungjawab sosial ini akan diteruskan di masa akan datang.

“Menyedari tanggungjawab untuk membantu golongan memerlukan, kita laksanakan program ini sekali lagi, saya percaya inisiatif ini dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Pada program itu, skuad berkenaan telah membersihkan rumah di Kampung Gemereh Segamat, selain turut terlibat dengan aktiviti memasak bubur lambuk untuk diedarkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sejurus melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Segamat, skuad bencana itu juga sempat menghantar bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Seri Medan, Batu Pahat.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan seperti barang mandi, keperluan harian dan makanan kering seperti biskut, roti dan milo.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut