PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN PELARIAN DI MALAYSIA – LAWATAN KERJA QATAR FUND FOR DEVELOPMENT, 13 – 18 FEBRUARI 2023

 

 

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah menerima satu lawatan kerja daripada Qatar Fund For Development (QFFD) pada 13 hingga 18 Februari 2023 yang lalu. Lawatan kerja ini bertujuan bagi melawat, memantau dan menilai keberkesanan program bantuan kemanusiaan perubatan dan kesihatan hasil kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Qatar yang telah dilancarkan pada tahun 2019. Ia juga bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan bagi meneruskan kesinambungan projek dengan pelaksanaan program – program yang melibatkan pemberian pendidikan dan kemandirian kepada pelarian dan pemohon suaka yang sedang berlindung di Malaysia.

 

Program lawatan ini di mulai dengan sesi perbincangan di antara pihak Malaysia yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya delegasi telah dibawa bagi melawat dan menilai lima (5) buah klinik kesihatan QFFD Qatar yang telah dibina di bawah projek ini yang terletak di Ampang (Selangor), Kajang (Selangor), Selayang (Selangor), Sungai Petani (Kedah) dan Kota Tinggi (Johor) serta beberapa buah klinik bergerak diseluruh negara. Klinik – klinik ini menawarkan perkhidmatan perubatan dan rawatan kesihatan primer termasuklah pemeriksaan antenatal dan rawatan pediatrik pada kos yang rendah. Lawatan juga telah diadakan ke beberapa pusat bimbingan alternatif dan institusi pengajian tinggi swasta bagi memberikan pendedahan kepada pilihan saluran pendidikan yang terbuka bagi pelarian dan pemohon suaka mendapatkan akses pendidikan di Malaysia.

 

Program bantuan kemanusiaan ini merupakan inisiatif perkongsian beban Kerajaan Qatar yang diterajui oleh TYT Sheikha Moza Nasser, bonda kepada TYT Tamim Bin Hamad Al Thani, Emir Qatar bernilai USD 50 juta yang menyasarkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan pihak UNHCR di Malaysia susulan daripada kemasukkan beramai – ramai pelarian etnik Rohingya, Myanmar ke Malaysia pada tahun 2017. Projek ini di bawah pemantauan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Masyarakat dan Qatar Charity Berhad serta dilaksanakan dengan kerjasama Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan IMAM Respond and Relief Team (IMARET).

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut