PERSEMBAHAN TATU TENTERA DARAT PUKAU RIBUAN PENONTON

NEGERI SEMBILAN, 13 Mac Ribuan pengunjung yang menyaksikan persembahan TATU Tentera Darat (TDM) terpukau dengan pelbagai persembahan serta demonstrasi menarik di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), semalam.

Bersempena Hari Tentera Darat ke-90, kira-kira 2,000 anggota TDM mengambil bahagian dalam pertunjukan itu termasuk acara kemuncak iaitu aksi lagak ngeri oleh Army Red Warrior menerusi Akrobatik Motosikal Tentera Darat yang mendapat sorakan gemuruh penonton.

Lebih menarik, aksi itu mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records (MBOR) iaitu paling ramai orang menunggang sebuah motosikal dan lompatan motosikal terpanjang (Wanita) yang dipersembahkan oleh Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin.

Saidatul Husna mempamer pertunjukan mendebarkan dengan menunggang motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc sambil membuat lompatan melepasi enam kereta.

Aksi pertempuran anggota TDM turut mencuri tumpuan penonton menerusi demonstrasi 21 Grup Gerak Khas dengan percikan api serta bunyi tembakan, selain persembahan pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata, kemahiran menunggang kuda, ‘drumliner’, persembahan kepakaran pasukan elit komando dan aset Tentera Darat seperti Anjing Perang.

Turut hadir menyaksikan acara yang berlangsung hampir dua jam setengah itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Karnival Hari Terbuka Tentera Darat kali ini juga meriah dengan kehadiran hampir 100,000 pengunjung, iaitu telah mencapai sasaran TDM bagi penganjuran TATU pada kali ini.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut