MISI: KEMBALIKAN KUASA KENYIR

Pada 27 Februari 2022, tanah runtuh telah berlaku di kawasan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir (SJSM) dan pada 13 Mac ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan berkongsi kisah tanah runtuh tersebut dalam episod eksklusif Majalah 3, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Shukreen Ma, tragedi yang berlaku pada tahun lalu adalah sangat besar kepada TNB sehingga melumpuhkan seluruh operasi SJSM.

Ini adalah kerana, TNB memainkan peranan penting sebagai pembekal elektrik utama di Semenanjung Malaysia, oleh itu banyak usaha yang telah dilakukan pada ketika itu yang boleh dipaparkan kepada rakyat Malaysia dan berharap tiada lagi kejadian seperti di Kenyir berlaku. Melalui episod eksklusif ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat usaha dan kerja keras TNB dalam mengembalikan operasi SJSM seperti sedia kala.

SJSM atau Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia. Terletak di Negeri Terengganu dan dibina merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …