SOKONG USAHA NAIK TARAF MBMB KE DEWAN BANDARAYA

AYER KEROH, 10 Mac – Kerajaan Negeri Melaka menyokong hasrat untuk menaiktaraf Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada status dewan bandaraya pada masa akan datang. Mengulas mengenai hasrat itu Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, untuk ke arah itu MBMB perlu melakukan kajian yang lebih menyeluruh dan terpeinci. Sebelum ini Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Attan bersama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berusaha membawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu ke tahap lebih tinggi iaitu pembentukan Dewan Bandaraya Melaka Bersejarah.

“Sudah pasti saya menyokong penuh dan sememangnya menjadi hasrat saya untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju. Selain kajian terperinci ia juga bergantung kepada kebolehan dan keupayaan MBMB untuk mencapai tahap itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil 1/2023 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Attan; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman

Sementara itu, Shadan Othman berkata kajian untuk pembentukan dewan bandaraya memerlukan tempoh kira-kira setahun.

“Seperti diumum Ketua Menteri, kita berbesar hati dan bersedia untuk membuat kajian menubuhkan dewan bandaraya. Keputusan itu nanti kita akan bentangkan ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan kajian perlu dibuat terlebih dahulu.

“Saya difahamkan untuk menubuhkan dewan bandaraya memerlukan kriteria tertentu seperti pungutan hasil lebih RM200 juta ke atas. Ikutkan hasil kita sudah capai, tetapi ada lagi kriteria lain perlu dipenuhi,” katanya.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …