4 KRT BERGANDING BAHU JAYAKAN PROGRAM KOMUNITI DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Seberang Perai Selatan (SPS) – Pada 08 Mac 2023 yang lepas, telah dianjurkan Program Pengurusan Bersama Komuniti Malaysia Madani di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sungai Acheh. Program yang dianjurkan bersama oleh 4 KRT di kawasan Sungai Acheh iaitu KRT Sungai Acheh, KRT Simpang Tiga Permai, KRT Sungai Setar dan KRT Taman Seri Acheh mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pendaftaran peserta seramai 110 orang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

MKN Negeri Pulau Pinang telah diwakili oleh Penolong Pengarah Keselamatan daerah SPS iaitu En. Suhayl Azmin dan Mejar Jala Abdullah hadir ke program dan telah menyampaikan taklimat ringkas kepada peserta yang hadir berkenaan dengan MKN, JPM serta Pengurusan Keselamatan Negara dan Negeri. Turut hadir dalam program tersebut dan meyampaikan taklimat adalah rakan-rakan strategik MKN Negeri Pulau Pinang iaitu Pegawai Penerangan Daerah SPS dengan menyampaikan taklimat berkenaan Malaysia Madani, Pegawai Farmasi daripada Pejabat Kesihatan Daerah SPS dengan taklimat bertajuk Ubat dan Bulan Ramadan, Anggota Pertahanan Awam Daerah SPS menyampaikan taklimat dan demonstrasi berkenaan pertolongan cemas serta turut hadir memberi sokongan iaitu Pegawai Perpaduan Daerah SPS dan wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPS.

Walaupun program ini berjalan pada hari dan waktu bekerja, sokongan yang padu dapat dilihat dengan jumlah kehadiran rakyat tempatan menjangkau 120 orang. MKN Negeri Pulau Pinang berharap program sebegini dapat dianjurkan sekerap mungkin dan dapat disampaikan tepat kepada kumpulan sasaran agar Hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk membangunkan Malaysia Madani yang rakyatnya madani, maju, terampil dan terangkum dapat dicapai.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …