POLIS RAMPAS SYABU BERNILAI RM28.6 JUTA

PASIR MAS: Polis Kelantan berjaya merampas syabu bernilai lebih RM28.6 juta yang ditemukan dalam kenderaan di Pasir Mas dan Kuala Krai sejak semalam, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Petugas Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang meronda pada kira-kira pukul 8.30 malam telah terserempak dengan kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Pohon Buluh, yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Susulan pemeriksaan keatas kereta berkenaan, pasukan itu menemukan 495 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM17.8 juta yang dimuatkan dalam paket-paket kecil lengkap dengan logo jenama kopi, di dalam beberapa guni.
Dalam rampasan kedua di Kuala Krai kira-kira pukul 7.15 pagi tadi pula, PDRM berjaya merampas syabu bernilai RM10.8 juta yang ditemukan dalam sebuah kereta Proton Exora yang ditinggalkan di sebuah kebun getah di Kampung Batu Balai.
 Dadah itu dimuatkan dalam 25 bungkusan kurier yang dimasukkan ke dalam 12 guni, dan diletakkan di tempat duduk penumpang.
Tiada tangkapan dibuat, dan kedua-dua kes sedang disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH

TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL

RASMI: Hajiji memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik rasminya majlis itu. TUARAN: Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan …
Maklumat Lanjut