PERWAKILAN KUASA PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA DITAMBAH

Menteri Pertahanan bersetuju untuk wakil kuasa bagi menyempurnakan pemakaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) ditambah bagi mempercepatkan penganugerahan pingat tersebut kepada baki 45,000 veteran tentera yang belum menerimanya.

Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, selepas wakil kuasa tersebut diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Ketua-ketua Perkhidmatan ATM, beliau semalam memutuskan untuk Panglima Medan Tentera Darat Malaysia dan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panglima Wilayah Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia dan setaraf turut diberikan kuasa yang sama.

Terdapat lebih 40,000 veteran yang masih menunggu, kalau diikutkan, jika tidak di tambah (wakil kuasa) sehingga tahun 2049 baru habis jadi ia perlu dipercepatkan kerana ramai yang masih belum menerimanya.

Pihaknya cuba untuk membuat secepat mungkin majlis-majlis penganugerahan dengan penambahan bilangan wakil kuasa selain masa menunggu itu dapat dikurangkan tempohnya. Namun begitu ia tidak boleh diturunkan (kuasa) di peringkat terlalu bawah memandangkan ia merupakan anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan statusnya perlu dijaga.

Mohamad sebelum itu telah  menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada seramai 450 orang veteran ATM, balu serta wakil waris yang diadakan di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …