MANGSA BANJIR DI MELAKA MENINGKAT

AYER KEROH 3 Mac – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka meningkat kepada 144 orang pagi ini berbanding 99 orang tengah malam tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata setakat jam 8 pagi ini, daripada jumlah itu, 12 orang yang melibatkan enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah.

Katanya, pemindahan mangsa banjir di daerah itu susulan kenaikan air akibat hujan lebat sejak dua hari lalu membabitkan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

“Bagi daerah Jasin, 36 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS SK Chohong manakala 36 lagi daripada enam keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat dan 60 mangsa membabitkan 14 keluarga ditempatkan di PPS Parit Penghulu. Antara kawasan yang terjejas banjir di daerah itu adalah Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong dan Sempang Bekoh. Turut terjejas banjir, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghului dan Kampung Tasik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut