KPDN NEGERI SEMBILAN MENJALANKAN SERBUAN MENERUSI OPS TIRIS

Pasukan penguatkuasa KPDN Negeri Sembilan telah berhasil mematahkan satu kegiatan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi jenis bahan api diesel di Kampung Chuah, Port Dickson melalui satu serbuan yang dijalankan pada 1 Mac 2023 dalam Ops Tiris. Dua buah lori tangka yang mencurigakan telah ditemui di perkarangan tanah lot kawasan tersebut, yang terdiri daripada 16,380 liter dan 10,920 liter minyak diesel. Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen/ permit/ permit khas atau surat kebenaran dari Pegawai Bekalan bagi berurusan dengan Barangan Kawalan Berjadual. Sebanyak 27,300 liter minyak diesel telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 58,695.00, sementara seorang lelaki warga tempatan diatahan untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDN Negeri Sembilan akan mempergiatkan pemeriksaan dan operasi melalui Ops Tiris bagi memastikan isu penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi dapat dibendung serta mengambil tindakan ke atas individua atau syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: NS Daily

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …