JENAYAH KEKERASAN MENURUN

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kadar peratusan jenayah berbentuk kekerasan sehingga melibatkan kecederaan menurun kepada 0.6 peratus bagi setiap daerah dan di bawah 40 peratus walaupun merupakan jenayah paling tinggi berlaku di negeri Kelantan.
Golongan terlibat dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun secara berkumpulan dan kebanyakkannya samseng kampung.
 Jenayah ini kadangkala bermula dengan pergaduhan di kalangan keluarga dan kawan-kawan  sehingga melibatkan jenayah kekerasan. Justeru, budaya berkumpul secara berkumpulan (melibatkan kawan-kawan) yang menjadi budaya di negeri ini tidak digalakkan.
PDRM menyegerakan tindakan ke atas jenayah kekerasan biarpun melibatkan pergaduhan keluarga dan kawan-kawan kepada suspek yang terlibat. PDRM tidak akan berkompromi terhadap perkara yang melibatkan kecederaan manusia.
 Pendekatan PDRM turun bertemu dengan masyarakat di setiap daerah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan dan kempen amat bersesuaian untuk mencapai matlamat dan kejayaan.
Tangkapan yang dibuat turut berdasarkan maklumat orang awam dan setiap operasi dilakukan secara berterusan.
Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …