JABATAN PENYIARAN LABUAN MENYANTUNI DAN MENDEKATI MASYARAKAT SEMEPENA SAMBUTAN BULAN TAHUN BAHARU CINA

Jabatan Penyiaran Labuan menerusi program Sinergi LABUANfm Ziarah Kasih Gong Xi Fa Cai turun padang menyantuni dan mendekati masyarakat tionghua sempena sambutan bulan Tahun Baharu Cina.
Program itu mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Warga Labuan (Mutiara Labuan) dan Anis Global Empire.
Turut disampaikan sumbangan bantuan makanan di samping persembahan tarian singa dan persembahan nyanyian artis tempatan bagi berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan penerima.
Program kali ini melibatkan tiga penerima di Kg. sungai Keling, Perumahan Murah Rancha-Rancha Kg. Batu arang dan Kg. Sungai Bangat.
Hadir sama pada program itu Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Pn Fauziah Mohd Sidek, Ketua Bahagian Siaran Pn Noor Affatizah Sabtu dan Pengerusi Pertubuhan Mutiara Labuan En. Andy Yong.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …