PROGRAM BEBAS HUTANG HATI TENANG

SEREMBAN, 28 Februari 2023 – Program Bebas Hutang Hati Tenang merupakan sebuah program yang berorentasikan literasi kewangan serta advokasi kepenggunaan untuk memberi kesedaran bagi meminimumkan hutang disamping mengekalkan profil hutang seimbang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai penipuan tanda harga barang serta pengetahuan mengenai saluran aduan yang tepat dan sahih.

Seramai 155 orang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada penjawat awam serta agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Seremban.

Melalui program ini, KPDN Negeri Sembilan telah menampilkan penceramah yang berwibawa dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Melaka serta dua orang pegawai penguatkuasa dari Unit Kawalan Harga serta Seksyen Pencegahan.

Sumber : KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …