AMBIL CAKNA MENGENAI PENYAKIT JARANG JUMPA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Pengukuhan Kesihatan Minda & Ketahanan Rakyat)

Tahukah anda, hari ini 28 Februari merupakan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia. Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai keadaan yang jarang berlaku, yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik. Antara contoh penyakit jarang jumpa adalah:

  1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom,
  2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular,
  3. Penyakit darah seperti hemofilia,
  4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia,
  5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor.

Oleh itu, bersama kita mengambil cakna dan memberikan sokongan kepada pesakit penyakit jarang jumpa serta keluarga mereka.

Sumber :

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut