PEMERIKSAAN PENILAIAN SASARAN PENTING ASET PELANTAR MINYAK EXXONMOBIL DI TERENGGANU

Pemeriksaan Penilaian Sasaran Penting baru ke atas
aset pelantar minyak dan gas yang dikendalikan oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) yang berada di perairan Terengganu. Pemeriksaan dijalankan pada 19 dan 22 Februari 2023 yang lalu disertai oleh warga JKPKSP Terengganu iaitu Pejabat CGSO Terengganu, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Turut serta adalah YBrs Encik Mohd Saiful Hisham bin Md Salleh, Pengarah Bahagian SPKLTL Ibu pejabat CGSO . EMEPMI diwakili oleh YBrs Lt. Kol (B) Tuan Abdul Basit bin Abdul Rahman, Global Security Advisor dan juga YBrs Tuan Mohamed Faizal bin Eusof Izzudin, Emergency Response & Security Lead.
Pemeriksaan penilaian ini adalah bagi menilai kepentingan keselamatan fizikal ke atas semua asset operasi EMEPMI dilindungi dari segi perundangan dan juga keselamatan perlindungan dan juga personel.
 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …