TERENGGANU JALIN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN ULAMA SELATAN THAILAND

Kerajaan negeri Terengganu melalui portfolio Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan telah mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Selatan Thailand, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kunjungan hormat itu diharap memberi impak ke arah memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kerajaan negeri dan daerah Selatan Thailand yang pernah menjadi Tanah Melayu zaman pra kemerdekaan terdahulu.

Sepanjang kunjungan hormat tersebut, antara program yang disusun sepanjang berada sana adalah program menyantuni serta menggabung jalin bersama pelbagai pondok-pondok negara gajah putih tersebut.

Tambahan juga, kunjungan hormat Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah dalam rangka meneruskan program Haflah Ihya Ilmu Terengganu bersama Tuan Guru Pondok buat rakyat Terengganu.

 

SUMBER: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …