PROGRAM HARMONI TAMAN SINAR HARAPAN, KUALA TERENGGANU

Bertempat di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu telah mengadakan Program Harmoni Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 23 Feb 2023, Khamis lalu. Antara pengisian program ini ialah lawatan sekitar institusi, gotong royong membersihkan kawasan, acara sukaneka, pemeriksaan kesihatan selain penyampaian sumbangan kepada penghuni institusi berkenaan yang menjadi objektif utama pelaksanaan program tersebut.
Program ini dilihat mewujudkan ikatan perpaduan yang kukuh antara bukan sahaja kepada penganut agama tetapi juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi agensi kerajaan yang lain. Pelbagai sumbangan telah disumbangkan kepada institusi terbabit antaranya ialah Gereja Lifeline Assembly of God, Kasut U Kuala Terengganu selain sumbangan dari YB Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu. Turut memberi sumbangan ialah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu. Turut hadir, YBhg. Pn. Suliamah binti Daud, Timbalan Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan YBhg. Pn. Wan Suhaini binti Wan Mohamad,
Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu
Majlis Penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Alias bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Rantau Abang.
    

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …