OPS PASAR KPDN KELANTAN

KOTA BHARU 22 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Kesan di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif bagi memantau produk barangan kering/tin dan notis pengesahan maklumat harga barangan, kos belian serta memastikan setiap peniaga tidak menaikkan harga sewenang – wenangnya.
Selain itu mematuhi perundangan Peraturan – Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Dalam pada itu pemeriksaan pemantauan secara terperinci dan bersasar supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800
👉 Daftar melalui Portal Menu RAHMAH : https://menurahmah.kpdn.gov.my
Sumber: Facebook KPDN KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut