MKN PERKUKUH KOLABORASI BERSAMA MADA TINGKAT USAHA TANGANI ISU SEKURITI MAKANAN

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan Kedah bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda – MADA pererat hubungan kolaborasi dan jalinan strategik melalui kunjungan hormat yang diadakan semalam. Sesi perkongsian berhubung isu keterjaminan makanan yang juga merupakan cabaran seperti dinyatakan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 turut dibincangkan bersama YBrs. Tuan Zulkifli Romli (Timbalan Pengurus Besar (Pertanian)).

Kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Tn Haji Khairul Ridzuan bin Mat Said (Pengarah Keselamatan Negeri Perak) bersama YBrs. Tn Zawawi bin Zakaria (Pengarah Keselamatan Negeri Kedah)turut disertai oleh para pegawai.Β Diharapkan dengan sesi kunjungan ini dapat perkukuh hubungan antara MKN dan MADA seterusnya berupaya memberikan impak positif terhadap sekuriti makanan di negara ini.

#SekuritiMakanan #DKN2021-2025

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut