TERENGGANU HIJAB DAY: MENAIKKAN MARTABAT WANITA ISLAM DI MATA DUNIA.

Program Terengganu Hijab Day telah diadakan pada 20 Februari 2023 (Isnin), bertempat di Dewan Perdana, Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional dengan kerjasama ADUN Wanita Terengganu, Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Urus Setia Belia Sukan dan NGO (UBSNT), Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TERENGGANU INC) dan Nisa’ Terengganu. Selain itu, seramai 5 orangh kakitangan MKN Terengganu turut menyertai program tersebut.

Terengganu Hijab Day dihadiri seramai lebih 2,000 muslimin dan muslimat daripada pelbagai jabatan, agensi dan daerah. Antara pengisian program adalah penyampaian ceramah bertemakan Kempen ‘Jom Tutup Aurat’ yang disampaikan oleh Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus, pertunjukan fesyen kanak-kanak dan pelbagai pameran serta gerai jualan. Selain itu penganjur turut melancarkan ‘Tabung Terengganu For Turkiye’ bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …