97 WARGA MYANMAR MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA BERJAYA DISELAMATKAN

Polis Kelantan telah menemui seramai 78 lelaki dan 19 wanita warga Myanmar dalam serbuan di kawasan semak di tepi sawah padi Kampung Sapi, Jeram Perdah, Pasir Mas pada Jumaat (17 Februari 2023) yang disyaki mangsa pemerdagangan manusia.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika pemeriksaan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

Sebelum itu, sepasukan pegawai polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dibantu anggota Strike Force Kompeni dan anggota Balai Polis Jeram Perdah telah membuat pemerhatian di kawasan berkenaan.

Seorang lelaki yang disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia didapati memasuki kawasan semak dengan membawa bungkusan makanan dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki warga Thailand itu kemudian menyerahkan makanan kepada sekumpulan lelaki dan perempuan dalam semak. Siasatan lanjut mendapati kesemua 97 mangsa pemerdagangan berusia 16 hingga 58 tahun  kini ditahan bawah Akta Imigresen 1959/63.

Pemeriksaan selanjutnya ke atas lelaki warga Thailand itu menemui satu telefon bimbit, wang tunai bernilai RM3,000 disyaki hasil aktiviti pemerdagangan manusia. Suspek kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan siasatan masih diteruskan sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …