PROGRAM KESEDARAN AWAM SWCorp NEGERI SEMBILAN

Seksyen Pendidikan Masyarakat dan Cawangan Seremban telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan Kitar Semula di Sekolah Kebangssan Sikamat, Seremban Negeri Sembilan.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Areda binti Sidik di hadapan 580 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6. Melalui ceramah yg disampaikan, para pelajar dapat menimba ilmu berkaitan amalan 3R yang boleh dipraktikkan di sekolah atau di rumah bagi mengurangkan pembuangan sampah di tapak pelupusan.

Bagi menyokong amalan 3R ini, aktiviti pengumpulan baju terpakai telah dilaksanakan oleh guru dan pelajar. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berjaya melaksanakan program kebajikan di samping menjaga kebersihan alam sekitar.

sumber: SWCorp Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …