PENILAIAN DAN PEMERIKSAAN INSTALASI SASARAN PENTING NEGERI: SGM BUKIT BINTANG, BESUT, TERENGGANU.

Pada 13 Februari 2023, bermula jam 2.30 pm, satu pemeriksaan dan penilaian keselamatan oleh Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Negeri Terengganu telah dilaksanakan di Stesen Gelombang Mikro (SGM) Bukit Bintang, Besut yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO) dengan koordinasi bersama agensi perisikan dan keselamatan negeri serta MKN Terengganu untuk mengkaji, menilai tahap ancaman keganasan di tempat-tempat awam dan infrastruktur utama negari melalui laporan keberdaya tahanan dan dignostik risiko secara berterusan bagi meningkatkan keselamatan tempat dan kemudahan awam daripada ancaman pengganas/penjenayah.

Satu sesi taklimat telah dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung keselamatan, contingency plan dan pengoperasian sistem yang menyediakan khidmat pemancar bagi siaran radio, televisyen (MyTV), penerbangan dan saluran agensi keselamatan bagi kegunaan penduduk serta agensi tempatan di Daerah Besut dan juga turut meliputi beberapa bahagian di Kelantan.

Selain itu, lawatan ke tempat operasi pencawang yang dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia ini juga dilaksanakan bagi melihat dengan lebih jelas tahap keselamatan serta koordinasi operasi sistem tersebut selain melihat penambahbaikan/teguran yang telah dilaksanakan hasil dari pemeriksaan yang lepas.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …