HARI TENTERA DARAT KE-90, SIMBOLIK PERJUANGAN LEFTENAN ADNAN PORT DICKSON:

PORT DICKSON : Hari Tentera Darat Ke-90 yang disambut tahun ini akan menjadi simbolik kepada perjuangan pejuang tanah air tersohor, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menjelaskan, sambutan ke-90 pada tahun ini merupakan simbolik kepada nombor tentera atau nombor badan Leftenan Adnan yang merupakan tentera dari Rejimen Askar Melayu yang telah mempertahankan tanah air semasa Perang Dunia Kedua.

“Tentera Darat telah menginjak ke usia 90 tahun pada tahun ini dan Hari Tentera Darat merupakan acara tradisi yang dianjurkan dengan matlamat mengukuhkan kesatuan warga Tentera Darat dengan masyarakat.

“Sambutan pada kali ini juga lebih bermakna kerana simbolik nombor 90 yang juga merupakan nombor tentera atau disebut juga nombor badan seorang pejuang tanah air yang tersohor iaitu Leftenan Adnan Saidi.

“Selain itu, ia juga bertujuan mengenang kembali segala pengorbanan warga Tentera Darat terdahulu yang telah berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat ke- 90 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Jelasnya lagi, sambutan Hari Tentera Darat Ke-90 tahun ini masih mengekalkan tema Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin dan ia akan berlangsung pada 1 Mac ini di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Pada 1 Mac ini sambutan akan memfokuskan kepada perbarisan, tahun lepas konsep perbarisan tempur dan demonstrasi atur gerak. Pada tahun ini ia akan disambut secara Rejimental dengan berpakaian istiadat dengan mengibarkan panji-panji sedia ada,” katanya lagi.

Zamrose berkata, antara acara utama yang dirancang sempena sambutan tahun ini adalah Perbarisan Hari Tentera Darat ke-90, Persembahan TATU Tentera Darat dan Karnival Terbuka Tentera Darat.

Sumber-UTUSAN.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …