MARITIM NEGERI TERENGGANU BERJAYA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 410,000 batang rokok putih dianggar bernilai hampir RM 250,000 di Muara Kuala Besut pada 7 Februari 2023. Sebuah bot maritim ditugaskan bagi melaksanakan satu operasi khas dan pemantauan di lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di sekitar perairan Besut seterusnya maklumat disalurkan kepada tim darat untuk proses penahanan.

Hasil rondaan telah mengesan sebuah bot enjin sangkut yang bergerak dalam keadaan mencurigakan, menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia bot suspek memasuki kawasan cetek untuk memboloskan diri. Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar pulau, pasukan operasi menemukan beberapa bungkusan plastik biru berisi rokok putih dipercayai ditinggalkan suspek sebelum melarikan diri. Dalam perkembangan sama, bantuan tim darat mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dan ketika serbuan dibuat sebuah lori muatan rokok berjaya ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM 100,000 (yang mana lebih tinggi) dan denda tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau RM 500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Maritim Negeri Terengganu akan terus meningkatkan kawalan di sempadan perairan negara dan mengenai kes penyeludupan ini, Maritim Malaysia masih giat memperincikan siasatan dengan menggunakan sumber yang ada bagi mengesan dan memburu suspek.

Sebarang perlanggaran undang-undang, aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan lain-lain kegiatan jenayah di Zon Maritim Malaysia, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Terengganu di talian 09- 6224357 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

Sumber: APMM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …