INFO TRAFIK: PARKIR DI TEMPAT YANG BETUL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

(Sensitiviti Toleransi)

Pengguna kenderaan mestilah meletakkan kenderaan anda di parkir yang disediakan. Ini bagi mengelakkan berlaku kesesakan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain. Petak parking juga tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, ‘cop’ parkir dan lain-lain kesalahan.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

Elakkan diri kita daripada sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri. Beringat dalam setiap perbuatan kita. Kita hendaklah lebih prihatin dan bertimbang rasa.

 

Sumber:

JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …