OPERASI MENYELAMAT KHAS MENYELAMAT KANAK-KANAK JALANAN DAN PENGEMIS PALAUH DI SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU

Kota Kinabalu, Sabah: 8 Februari 2023 Sepertimana yang telah diumumkan dan dalam perancangan, Ops Menyelamat Khas Menyelamat Kanak-Kanak Jalanan dan Pengemis Palauh di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dilaksanakan pada hari ini.

Operasi menyelamat melibatkan agensi keselamatan dimana MKN Sabah sebagai penyelaras dengan kerjasama baik dari semua agensi terlibat daripada MKN Sabah, DBKK, PDRM, JPKA dan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.

Semua yang telah diselamatkan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 3.00 petang.

Projek ini adalah projek rintis yang akan diluaskan di daerah lain dalam masa terdekat.

Keselamatan rakyat adalah antara 9 teras Dasar Keselamatan Negara dan menjadi komitmen tertinggi MKN dalam merealisasikannya demi kesejahteraan rakyat Negeri Sabah.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …