SAINS, SPAN SERBU RESTORAN DISYAKI CURI AIR

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menyerbu dua restoran berasingan di sini, selepas dikesan mencuri air melalui penyambungan paip secara haram.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAINS, Norzita Ismail, berkata serbuan dilakukan jam 2 petang semalam bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diketuai pegawai SPAN, Erwan Erazak.

“Siasatan di lokasi mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidaksah menggunakan meter air milik premis lain.

“Bekalan air daripada penyambungan tidak sah itu digunakan untuk memasak, kegunaan di sinki serta tandas di premis terbabit.

“Pegawai penguat kuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS.

“Pihak SPAN menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti serta mengeluarkan notis makluman kesalahan kepada penghuni premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan mencuri air di seluruh negeri tanpa mengira kes membabitkan pengguna komersial atau domestik.

“Pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh membuat aduan kepada pihak SAINS,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …