IBU BAPA MAIN PERANAN DIDIK ANAK CEGAH DENGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

(Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

COMBI SPT telah membuka booth pameran dan penyampaian taklimat Denggi pada 9 Februari 2023 (Khamis) di AEON Seberang Jaya, SPT. Seramai lebih kurang 2,500 orang ibubapa dan kanak-kanak telah hadir ke program ini.
Dalam program tersebut, ibubapa telah dinasihatkan supaya mengamalkan pembersihan kendiri cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah masing-masing. Bagaikan melentur buluh dari rebung, ibubapa disarankan untuk mendidik anak-anak mereka berkenaan pembersihan dan kesihatan dari awal usia lagi.
COMBI (Communication for Behavioural Impact) Negeri Pulau Pinang diwujudkan sebagai medium penyampai kepada komuniti menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

“HAPUS AEDES CEGAH DENGGI”

 

Sumber:

COMBI Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut