TANGKAPAN KES DADAH DI BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Bayan Lepas, 9 Februari 2023 – Tangkapan (2) lelaki warga tempatan berusia 28 dan 38 tahun oleh Polis Barat Daya di (2) lokasi berasingan dimana tangkapan pertama di tepi jalan Lorong Sungai Ara 1, Bayan Lepas P.Pinang. Hasil pemeriksaan telah menjumpai (1) kotak rokok tertera tulisan JDB warna merah. Hasil pemeriksaan dalam kotak rokok tersebut telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar didalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin anggaran berat 5.10 gram. Hasil ujian saringan awal air kencing dapati suspek positif dadah jenis MOP.
Manakala, tangkapan kedua telah berjaya dilaksanakan di tepi jalan Lintang Sungai Tiram 5 (hadapan Est Hotel) Bayan Lepas, P.Pinang. Hasil pemeriksaan badan telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.50 gram didalam genggaman tangan kiri suspek. Hasil ujian saringan awal air kencing dapati suspek positif dadah jenis METH/AMP. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan Seksyen 12(3) ADB 1952.
Dalam perkembangan lain juga, telah berlaku satu tangkapan berasinganΒ  (1) lelaki warga tempatan berusia 32 tahun oleh Polis Barat Daya di tepi jalan Pintasan Bahagia 8, Bayan Baru P.Pinang. Hasil pemeriksaan di dalam beg yang disandang oleh suspek telah menjumpai (1) peket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 1.39 gram. Ujian saringan air kencing yang dijalankan dapati suspek positif dadah jenis THC. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Orang awam dimohon untuk menyalurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya ditalian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut