TERENGGANU SASARKAN SEBANYAK 500,000 POKOK DITANAM SEPANJANG TAHUN 2023

Negeri Terengganu meletakkan sasaran sebanyak 500,000 pokok yang akan ditanam sepanjang tahun 2023 ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata Terengganu adalah negeri yang menawarkan destinasi pelancongan berasaskan flora dan fauna. Melalui penanaman pelbagai spesies pokok menerusi kempen ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri ini serta bertujuan untuk memperkayakan kawasan hijau dan khazanah hutan negeri.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Kick-Off Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 Bertempat di Dewan Darul Iman Training Centre (DITC), Pantai Teluk Kalong, Kemaman baru-baru ini. Tema bagi kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini adalah “Pokok Kita Kehidupan Kita” atau “Our Trees Our Life”. Pada majlis tersebut YBM SUK Terengganu akan menanam pokok yang ke-800,000 pada program itu.

Pada tahun 2022, beliau yang merasmikan majlis yang sama seumpama ini telah diberi peluang untuk menanam pokok yang ke-330,000 di Seberang Pintasan, Dungun. Beliau berharap, melalui kempen ini dapat menaikkan semangat rakyat negeri ini dalam menyemarakkan usaha menanam pokok di Negeri Terengganu.

 

sumber : UPDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …