SISTEM E-BENCANA PERMUDAH URUSAN MANGSA BANJIR

 

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memaklumkan pelaksanaan sistem e-Bencana mempermudahkan urusan mangsa banjir menerima bantuan yang sepatutnya daripada pihak berwajib.
Oleh itu, beliau berharap setiap rakyat di negeri ini yang terlibat dengan musibah banjir agar mendaftarkan maklumat diri di dalam sistem e- Bencana Kelantan bermula 1 februari sehingga 31 Mei 2023.
Melalui pendaftaran penduduk ini secara tidak langsung akan memudahkan pendaftran mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) nanti, selain memudahkan pihak kerajaan memberi bantuan kewangan yang diperlukan mangsa semasa, dan selepas berlakunya bencana.
Cara pendaftaran tersebut boleh dengan melalui tiga cara mudah seperti melalui portal/Web e- Bencana Kelantan (https://ebencana.kelantan.gov.my), juga melalui aplikasi mobile dan boleh mengisi melalui borang,”Katanya pada Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Bencana Negeri di Dewan Teratai, semalam.
Dalam masa yang sama tambahnya, dengan terlaksananya sistem e-Bencana ini akan membolehkan sistem pengurusan mangsa, bekalan, dan bantuan kemanusiaan semasa kejadian akan menjadi lebih mudah serta sistematik dan seterusnya menjadi One Stop System bagi pengurusan bencana di Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut