KPDN KELANTAN RAMPAS 30 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISYAKI UNTUK DISELEWENG

 

TUMPAT 08 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 30 kilogram minyak masak bersubsidi yang disyaki tanpa kebenaran sah dalam perjalanan menuju ke Tumpat, Kelantan.
Terdahulu pada jam 3.00 petang semalam pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser bewarna kelabu berpendaftaran tempatan dari arah Kubang Kerian, Kota Bharu menuju ke Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan.
Saspek menyedari diekori berlaku aksi kejar mengejar diantara pasukan dan saspek tersebut seorang lelaki tempatan berusia 30an dan berambut panjang.
Seterusnya saspek membuat tindakan melulu dengan mencampakkan beberapa kotak minyak masak bersubsidi tersebut keluar dari kenderaan diatas jalan raya sambil kenderaan yang dipandunya menuju ke Kg. Delima, Tumpat, Kelantan dan akhirnya saspek berjaya meloloskan diri dari pasukan tanpa dikesan.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak masak paket 1kg bersubsidi anggaran sebanyak 30 kilogram diatas jalan raya di Kg. Delima, Tumpat, Kelantan dan pasukan membuat sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 75.00
Tindakan selanjutnya KPDN Kelantan akan mengesan saspek bersama kenderaannya kerana menghalang dan mengganggu penjawat awam melakukan tugasan dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …