OPERASI BERSEPADU KPDN CAWANGAN TANAH MERAH BERSAMA FAMA

 

TANAH MERAH 08 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan operasi bersepadu bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di lokasi Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan.
Operasi bersepadu ini dijalankan melibatkan pemeriksaan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDN dan lain-lain perundangan dibawah agensi.
Dalam operasi tersebut, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan merangkumi penandaan harga, penentuan harga maksimum, pemeriksaan tanda harga warna merah jambu dan juga alat timbang.
Pegawai daripada FAMA juga membuat pemeriksaan berhubung gred dan kualiti sayur-sayuran keatas peniaga-peniaga di pasar tersebut.
Sebanyak 2 gerai menjual sayur telah dikeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan keatas SKU sebanyak 4 item meliputi barangan seperti Kangkung, Sawi Hijau, Kacang Panjang, Timun, Tomato dan Kubis Import China atau Indonesia tidak termasuk Beijing.
Terdahulu diadakan taklimat berhubung operasi telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, KPDN Tanah Merah di Bilik Mesyuarat KPDN Tanah Merah, Kelantan.
KPDN sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa dalam menjaga kepentingan kepenggunaan pengguna dan peniaga.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …