KOTA BHARU 08 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Pemeriksaan Ops Pasar 2023 di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif ini bertujuan bagi memantau dan memastikan setiap peniaga tidak menaikkan harga sewenang – wenangnya dan mematuhi perundangan Peraturan – Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Selain itu pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-



