CCTV PANTAU LOKASI PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI SEREMBAN

SEREMBAN: Sebanyak tiga kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram di daerah ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, tiga CCTV berkenaan dipasang di tiga lokasi iaitu di Jalan Lama Bukit Putus, Kawasan Perindustrian Senawang dan Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar.

“Tiga lokasi ini menjadi tumpuan tempat pembuangan sampah haram terutamanya daripada pihak industri. Selain pemasangan CCTV, pihak kami juga turut mengadakan rondaan penguatkuasaan di kawasan tersebut.

“Pemasangan CCTV ini membolehkan pihak MBS mengesan lori keluar masuk di kawasan berkaitan. Contohnya di Jalan Lama Bukit Putus, sekiranya ada lori yang keluar masuk kami boleh memantau melalui CCTV berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan di Wisma MBS, di sini hari ini.

Menurutnya, tiga CCTV berkenaan adalah di antara 63 CCTV yang dipasang pihak MBS di daerah ini yang turut berfungsi memantau pergerakan lalu lintas dan parkir.

Sementara itu, mengenai majlis tersebut, Setiausaha Agong Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM), Datuk Samson Maman berkata, lebih 1,000 pelajar akan dibantu menerusu pemberian baucar bantuan persekolahan itu,

“Ia bagi meringankan beban ibu bapa membeli barang-barang keperluan untuk persekolahan anak-anak mereka. Setiap baucar yang bernilai RM200 itu boleh ditebus di 61 rakan niaga pasar raya di seluruh Malaysia.

“Program ini adalah kerjasama MDDM dan MBS sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan sejumlah 50 baucar yang bernilai RM10,000 akan diserahkan kepada pelajar di bawah golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di daerah ini,” kata beliau

Sumber: UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …