DAERAH KEMAMAN DILANDA BANJIR KEMBALI.

Beberapa kawasan di daerah ini kembali dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi pada Isnin. Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, , seramai 28 mangsa daripada sembilan keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Lembah Jabor dan Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih di sini sehingga jam 8 pagi.

PPS SK Lembah Jabor yang telah dibuka jam 12 malam tadi menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga. Di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih turut diaktifkan bagi menempatkan tiga mangsa daripada satu keluarga.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, sebatang sungai masing-masing direkodkan melepasi paras bahaya dan amaran manakala dua lagi direkodkan melepasi paras waspada. Setakat jam 8 pagi, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.80 meter (m) berbanding paras normal 15 m.

Sementara itu, di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping melepasi paras amaran dengan bacaan 19.21 m. Dua lagi sungai yang mencatatkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Kemaman masing-masing dengan bacaan 11.35 m dan 12.92 m.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …