SEKILAS PANDANG: DEMAM BABI AFRIKA (ASF) DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (KESELAMATAN MAKANAN)

 SEKILAS PANDANG: DEMAM BABI AFRIKA (ASF) DI PULAU PINANG

Demam Babi Afrika (ASF) ialah penyakit berjangkit babi yang dahsyat, dan biasanya membawa maut. Sehingga hari ini belum ada vaksin untuk memerangi virus ini. Walaupun ia tidak menjejaskan kehidupan manusia atau spesies haiwan lain selain daripada babi dan babi hutan, ia boleh menjangkiti sama ada melalui sentuhan haiwan secara langsung atau melalui penyebaran makanan yang tercemar (contohnya sosej atau daging mentah).

Satu lagi kebimbangan dengan ASF ialah virus itu boleh disebarkan melalui manusia yang menjejak baja atau rembesan badan lain dari lokasi ke lokasi yang berfungsi sebagai vektor mekanikal virus. Virus ini juga boleh bertahan beberapa bulan dalam daging yang diproses, dan beberapa tahun dalam sembelihan beku.Oleh itu  penyebaran penyakit ini menerusi produk daging menjadi kebimbangan khusus nya penghantaran rentas sempadan.

Berdasarkan laporan dari Sinar Harian, kes ASF yang terawal dikesan adalah di dua buah ladang di Valdor dan sehingga kini, sebanyak 11,943 ekor babi telahpun dimusnahkan bagi membendung penularan wabak ini. Bagaimanapun, pada 3 Februari 2023 yang lalu, wabak ASF dilaporkan telah merebak lagi ke 3 buah ladang  babi komersial yang menjadikan keseluruhan 27 ladang ternakan terkesan dengan penularan wabak terbabit. Langkah drastik telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengisytiharkan penyakit ASF di negeri itu sebagai bencana. Menurut berita yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, penularan ASF yang sangat cepat telah menyebabkan ladang babi komersil di 4 daerah di Pulau Pinang iaitu ladang di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan terkini ladang di Daerah Barat Daya (DBD) telah dikesan positif wabak itu.

Antara langkah yang diambil oleh JPV untuk membendung wabak ASF ialah dengan mengeluarkan Notis Perintah Kuarantin kepada ladang babi yang berkaitan dan menyekat pergerakan babi. Babi dari ladang yang berkaitan juga akan dimusnahkan di bawah Seksyen 19 Akta Haiwan 1953 (Pindaan 2013) manakala babi dari ladang yang disahkan bebas jangkitan dibenarkan disembelih di pusat penyembelihan yang diluluskan sahaja, bagaimanapun, sembelihan dan daging babi tidak dibenarkan untuk diangkut ke negeri lain.

Pemusnahan dilakukan dengan gas karbon dioksida dan mengikut Kod Amalan Kebajikan Haiwan dan garis panduan Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai ditanam. Para pemilik ladang babi yang terjejas digesa untuk segera melaporkan perkara itu kepada JPV bagi urusan pembayaran pampasan dan pelupusan babi yang terkesan dengan penyakit ASF.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …