PENGANJURAN MAJLIS APRESIASI MURID SMK LABUAN (MAKES)

Penganjuran Majlis Apresiasi Murid SMK Labuan (MAKES) diharap menjadi penyuntik semangat kepada murid untuk mencipta kejayaan merangkumi aspek akademik, kokurikulum mahu pun sahsiah.
Itu jelas Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Labuan,Md Yusof Chuchu ketika berucap merasmikan MAKES 2022 bertemakan “Melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik” di Dewan Mutiara sekolah berkenaan Sabtu lalu.
Pada majlis itu, 215 sijil tamat persekolahan diberikan kepada graduan tingkatan 5, selain penyampaian sijil penghargaan kepada murid-murid yang telah mencapai tempat terbaik dalam bidang masing-masing.
Sementara itu, Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim berkata majlis itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kurikulum, Ko Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM).
“Majlis kali ini juga diadakan serentak dengan majlis graduasi Tingkatan 5 dengan melibatkan kira-kira 430 murid secara keseluruhannya.
“Saya ucapkan terima kepada 127 orang guru yang sentiasa komited mendidik kira-kira 1,734 orang pelajar SMK Labuan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam,โ€katanya berucap pada majlis tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Francisca Duliat, Naib YDP PIBG, Susanna Koh dan Penolong Kanan HEM, Jamaliah Razali yang juga Penyelaras MAKES 2022.
Hadir sama Penolong-penolong Kanan, Kitli Beka (Pentadbiran), Saminan Sabtu (Pusat Tingkatan Enam), Cheah Tiong Aik (Kokurikulum) dan Abdul Ghafar Salleh (Penyelia Petang).
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut