PENGARAH MKN KELANTAN TURUN PADANG MENYANTUNI MANGSA BANJIR TERMENUNG DI KG TERSANG, RANTAU PANJANG

 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Tuan Haji Jefny bin Muhammad, turun padang bagi menyantuni mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Ahad 5 Februari 2023.

Seorang warga emas Asiah Mamat, 70, memaklumkan bahawa beliau tidak pulang ke rumahnya dekat Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini selama dua bulan, berikutan kawasan penempatannya itu masih lagi digenangi air akibat banjir yang berlaku sejak November tahun lepas.

Malah, sejak banjir November tahun lalu air belum surut sepenuhnya, tiba-tiba paras air dari Sungai Lanchang dan Danau Tok Uban melimpah semula akibat hujan lebat minggu lalu.

Sementara itu, menurut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ setakat pukul 9.00 pagi tadi, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan paras amaran iaitu 8.49 meter dan menunjukkan trend menaik.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …