SITAAN BUBU NAGA

𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 𝟑 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑: Bertindak atas aduan, Cawangan Konservasi & Perlindungan Perikanan DOF NS yang menjalankan pemantauan di perairan Port Dickson telah mengesan 11 set bubu naga yang dipasang berdekatan Pulau Perjudi.

Penggunaan bubu naga (juga dikenali sebagai bubu kambam) merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang ikan tanpa kebenaran/ lesen. Kesemua bubu naga tersebut kemudiannya telah disita mengikut Seksyen 49 Akta Perikanan 1985.

Justeru, amaran setegas-tegasnya diberikan kepada pengguna bubu naga yang bagai tidak berkesudahan ini, tamak menyapu segala benih ikan dan hidupan marin hingga mengancam ekosistem laut, sekaligus menjejaskan pendapatan nelayan pantai.

Sumber: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …