ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN DENGAN KERJASAMA PEJABAT PERKESO KOTA BHARU

 

Kota Bharu, 6 Februari 2023 – Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Perkeso Kota Bharu telah mengadakan ceramah dengan tajuk “Keselamatan Penunggang Motosikal di Jalan raya”.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tn. Jalal Ikram bin Mohamed Nori, Ketua Bahagian UKJRK kepada 60 orang peserta daripada pihak pengurusan dan kakitangan Mydin yang telah diadakan di Mydin Tunjong, Kota Bharu pada petang tadi.
Selain daripada fokus meningkatkan kesedaran orang ramai, ceramah ini juga dapat memberi peringatan khasnya kepada penunggang motosikal tentang aspek-aspek keselamatan dan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi bagi menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …