PENGKALAN KUBOR 06 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menerima sembilan serahan kes daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara, disini hari ini.
Rampasan telah dibuat keatas minyak petrol anggaran sebanyak 1000 liter dan diesel 200 liter disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.



