BUKIT PUTERI DIBUKA SEMULA SEBAGAI ASET PELANCONGAN


KUALA TERENGGANU, 1 FEBRUARI 2023


 

Bukit Puteri terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara Sungai Terengganu. Bukit bersejarah ini mempunyai keluasan kira-kira 0.688 hektar dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Lokasinya juga begitu strategik sebagai aset pelancongan kerana berdekatan dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin. Di samping itu tempat tumpuan orang ramai iaitu Pejabat Pos dan Pasar Kedai Payang yang bersebelahan dengannya menjadikan kedudukan bukit itu bertambah istimewa.

Terdapat cerita lisan lagenda yang begitu popular dikalangan rakyat negeri ini menyebut bukit ini dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian. Penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk daripada puteri berkenaan untuk majlis kenduri kendara. Bagaimanapun puteri ini akhirnya merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dalam keadaan yang rosak. Puteri ini dikatakan lari ke Besut dan kerana itu terdapat sebuah bukit di daerah berkenaan yang juga dikenali sebagai Bukit Puteri.

Bukit lagenda ini suatu ketika dahulu menjadi penting sebagai kubu pertahanan terutama semasa pergolakkan politik Kesultanan Terengganu antara 1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansor II dan Tengku Umar dengan Sultan Muhamad I. Ketika itu Bukit Puteri menjadi rebutan dan sebagai kubu pertahanan yang strategik. Kesan daripada Perang saudara itu masih kekal hingga ke hari ini sebagai warisan sejarah. Antaranya ialah kubu, singgahsana sementara, tempat simpanan ubat bedil dan meriam.

Pada tahun 2019, Bukit Puteri telah ditutup sementara bagi kerja pengubahsuaian dan bermula 17 Oktober 2022, kerja-kerja naik taraf telah giat dijalankan. Bukit Puteri dijangka akan dibuka semula untuk orang ramai pada akhir Januari.

sumber: Lembaga Muzium Negeri Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …