PROJEK RM73.5 JUTA BAGI MENANGANI MASALAH HAKISAN PANTAI DI TERENGGANU

Projek Pengawalan Hakisan Pantai yang bernilai RM73.5 Juta di Pantai Tok Jembal akan memberi perlindungan jangka Panjang kepada penduduk berdekatan pantai berkenaan. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas lanjut mengenai perkara ini dalam lawatan ke Tapak Projek Perlindungan Hakisan bertempat di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu dan melihat ia akan memberi manfaat kepada penduduk dan para nelayan di kawasan ini.

Projek di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu telah dimulakan sejak 2010, siap sepenuhnya pada 24 Julai 2019. Projek ini dilaksanakan susulan keadaan pantai yang mengalami hakisan terutama ketika musim Monsun Timur Laut dan terdedah kepada ombak kuat dengan ketinggian maksimum sehingga tiga (3) meter sekitar November hingga Mac.

Hakisan pantai yang semakin kritikal selepas tahun 2010 berikutan terdapat pembangunan dan penebusgunaan tanah pesisir pantai dengan kehilangan kawasan pantai selebar 60m setiap tahun. Justeru, kementerian mengambil langkah segera bagi mengawal dan melindungi pengunduran garis pantai daripada terus terhakis.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …