JPJ PULAU PINANG: OPS MOTOSIKAL

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

OPS MOTOSIKAL

Georgetown, Pulau Pinang.

28 Januari 2023

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, bersama agensi penguatkuasa PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Penguatkuasaan Khas Ops Motosikal di Lebuh Raya Dr Lim Chong Eu, bermula dari jam 12.00 malam hingga 4.30 pagi.

Operasi motosikal yang diadakan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa serta memastikan motosikal mereka tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk motosikal disita jika didapati ubahsuai untuk tujuan seperti d iatas.

Sebanyak 82 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, pamer nombor pendaftaran fancy dan extreme, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran.

Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta  memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama. Pandu Cermat Sampai Selamat.

 

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …