FAHAMI APA ITU JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK.

Jenayah seksual atau amang seksual yang berlaku dikalangan kanak-kanak semakin meningkat dan menjadi kerisauan setiap ibu bapa. Di antara jenayah seksual yang direkodkakan oleh PDRM adalah sepertiΒ  rogol, cabul, sumbang mahram, luar tabii, pornografi kanak-kanak dan komunikasi secara seksual. Pesalah-pesalah yang disabitkan dengan aktiviti-aktiviti berkenaan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) atauΒ  dibawah kanun keseksaan.

Diantara hukuman yang akan dikenakan dibawah kanun keseksaan adalah seperti berikut:

1. Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan – Kesalahan rogol bawah unur (16 Thn ke bawah) @ hubungan seksual dengan perempuan (12 thn ke bawah)

2. Penjara (max 10 tahun atau 30 tahun) dan sebatan – Kesalahan Sumbang mahram

3. Penjara (max 20 tahun) – Kesalahan Liwat

4. Penjara (max 10 tahun) dan sebatan – Kesalahan Cabul

 

Diantara hukuman yang akan dikenakan dibawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah seperti berikut:

1. Penjara (max 30 tahun) – Kesalahan Pornografi

2. Penjara (max 10 tahun) – Kesalahan Komunikasi secara seksual

3. Penjara (max 5 tahun) & Sebatan – Kesalahan Pengantuan Kanak-kanak

4. Penjara (max 10 tahun) & Sebatan – Kesalahan Perjumpaan selepas pengantuan

5. Penjara (max 20 tahun) & Sebatan – Kesalahan Amang seksual fizikal

 

Antara usaha Kerajaan dalam menanganiΒ  jenayah seksual kanak-kanak adalah seperti :

1. Program advokasi (Kempen keselamatan kanak-kanak, Sahabat BIJAK di sekolah)

2. Penalti yang berat kepada pesalah (30 tahun maksimum penjara)

3. Pembangunan SOP memperketatkan kemasukan pesalah jenayah seksual ke dalam negara.

4. Jalinan kerjasama dengan UNICEF

5. Penggubalan Akta

6. Penubuhan Mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak

Artikel/Berita Terkini

PERMOHONAN BAUCAR BUKU RM100 KINI DIBUKA!

Berita baik untuk semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), anda layak untuk menebus baucar buku di laman MyPLACESISWA. Permohonan dibuka …
Maklumat Lanjut

TANDA DAN SIMPTOM STROK

KETAHUI TANDA DAN SIMPTOM STROK Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar! Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit …
Maklumat Lanjut

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—”π—‘π—§π—”π—¨π—”π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH ACP …
Maklumat Lanjut