BANDARAYA GEORGE TOWN: KAWALAN LALU LINTAS DAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA TERAS 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Anggota Warden Trafik Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengadakan kawalan aliran lalu lintas di sekitar kawasan KOMTAR bagi mengurai kesesakan di waktu puncak. Di samping itu juga, tindakan tegas penguatkuasaan turut diambil atas kesalahan meletak kenderaan di kawasan larangan.
Semua pengguna jalanraya dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan fokus kepada pemanduan. Para pemilik kenderaan adalah diharap agar tidak meletak kenderaan di bahu-bahu jalan yang turut menjejaskan aliran lalu lintas bergerak sempurna.